29 January 2011

MELAKA TEMPAT TUMPAH DARAH IBU KU

Percutian kali ni membawa kami kembali ke tempat lahir MF. Melaka Bandaraya Bersejarah! Lama sungguh MF tak balik sampai tak tahu apa yg ada kat Melaka sekarang. Hihi~ Kami ke sana pada 2 Januari 2010.... menginap di Renaissance Hotel Malacca yang betul2 di tengah2 kota Melaka. Selesa wpun hotel tu dah agak lama.... mudah sebab dekat dengan semua tempat.


Aktiviti pertama kami, since datang dari jauh.. of course la cari makan ... destinasi pertama ialah Serkam Pantai... nak cari ikan bakar punya pasal :) Erm, kalau nak tahu.... Serkam pantai ni tempat ikan bakar yang sangat famous suatu ketika dahulu.. sampai la sekarang :) Menurut Google Maps, nak ke Serkam Pantai ambil masa 30 mins dari tempat yg kami menginap... masih lagi macam tahun 90-an dulu... cuma ada bangunan baru untuk medan ikan bakar... kami cuba kedai yg agak lama sebab biasa nya yg lama2 ni sedap!!!

Tapi, MF mcm tak puas hati sikit..... mcm tak puas je makan .. hihi~ Makanya En Suami kata.. esok kita datang lagi~ Yahooooo.. suka2!

Malam tu, kami pusing2 bandar Melaka... banyak tempat baru yg boleh dilawati... Yang pasti.. malam tu macam ada karnival kat Dataran Melaka... kami pun, ambil kesempatan la untuk naik menara Taming Sari... harga tiket : RM 15 seorang utk dewasa... kat atas tu, boleh nampak la permandangan sekitar bandar Melaka.. cuma yg agak tak syok tu... laju sikit dia berpusing... hihi~ tak sempat nak capture moment...


Selesai bergambar.. kami pusing2 kat pasar malam tepi Padang tu.. sempat la merasa Dragon Fruit Shake.. sedap! Nnt nak cuba buat sendiri!!!

Next morning... selepas je bersarapan... kitorg g malawat En Buaya yg tak tinggal di laut... hihi~ Kami g Taman Buaya Melaka.. Buaya banyak, tapi kandang dia tak berapa bersih.. so.. tengok buaya tido & bangkai ayam yang kena campak ke dalam kandang buaya ... harga tiket : RM 8 untuk dewasa... RM 4 utk kanak2.... di sebabkan tak mencapai target nak bagi badan berpeluh... so kami pun melintas jalan (melalui laluan bawah tanah)ke Zoo yg terletak diseberang jalan... Harga tiket zoo: RM 10 utk dewasa dan RM 5 bagi kanak2 (pd hujung mgg dan cuti umum)...


Pendapat kami la.. lain kali kalau nak tengok buaya, baik dtg Zoo Melaka je.. hihi.. makna kata, pihak Taman Buaya, sila lah buat sesuatu agar taman anda lebih menarik ye! Zoo melaka sangat la best nye!!! Ada persembahan gajah lagi.. hihi! Sesiapa yg rasa nak adventure sikit, jangan la naik tram ye.. silalah jalan kaki pusing satu Zoo.. insya-Allah berpeluh sakan kalian!!!



Pulang dari zoo, kami cuba naik Cruise menyusuri Sungai Melaka pulak.... kami naik dari Taman Herba.. kat sini Parking mudah dapat dan org tak ramai sangat. So tak perlu beratur panjang2... tambang: RM 10 dewasa RM 5 kanak2.. Yang berbaloi nye, masa dalam cruise tu, dia cerita semua sejarah2 yg pernah berlaku disepanjang sungai Melaka tu.. nnt boleh tengok Kampung Moterm, Jambatan Hang Jebat... dan end di Kincir Air yg besar ni!!!



Petangnya, disebabkan lapar yang amat sangat.. kami terus kan perjalanan sekali lagi ke Umbai.. kali ni kami makan di Medan Ikan Bakar Umbai...20 minit dari Bandar Melaka... kalian boleh pilih mana kedai yang berkenan di hati.. ada lebih 10 kedai yg menawarkan ikan2 yg sangat2 fresh.. kali kedua ni, mmg MF puas hati sangat. punca nya bukan apa.. sebab dapat makan nasi lemak dalam daun pisang.. hihih~


So, sebelum mengakhiri cuti2 kami, kami singgah sekejap bershopping kat Bandar Hilir.. rakan2.. kalau nak membeli tu.. pusing kasi habis dulu ye.. jangan nampak terus terjah.. Dah penat membeli belah, MF request nak masuk Muzium Samudera yang femes tu.. ala, muzium kapal yang sangat besar tu.. Papa Fatih turutkan je la hajat ibu mengandung ni... hihi~ Ok, seronok jugak la... dpt merasa la naik kapal wpun aas darat je.. hihi! K, selamat bercuti!!!

Complimentary to Cyberview Lodge Resort & Spa


Beberapa bulan sebelum kami kahwin, UNITEN ada buat PC Fair. Entah mcm mn ada CyberView buka kaunter jual package penginapan 2 hari satu malam + free breakfast dengan harga yg sangat2 murah... berapa RM tak ingat dah.. hihi~ Maka, MF pun beli la ... tak sangka bila kata tu beli as hadiah kahwin, diorg bagi pula free lunch Buffet!!!! Wow!!! Best3!!!

So, on 14th of November 2009, kami pun bercuti la ke CyberView, Cyberjaya... Sampai2 je...
Lepas check in, hantar barang ke bilik, kami terus pergi lunch dulu.... huhu~ Sangat best! Makanan.... sangattt banyak & Berbaloi2! Since makan pun dah banyak... nak tak.. kena la jalan2 dulu bagi makanan turun ... cantik tempat ni... sgt2 tak rasa berada di Cyberjaya / Putrajaya... walhal, boleh nampak Masjid Besi dengan jelas dari kawasan hotel ni.. bagusla... mcm ni yg kita nak.. bercuti untuk tenang kan fikiran... hijau & aman je rasa sepanjang stay kat situ.



Balik dari makan2 ... masuk bilik, ade delivery.... Fresh Fruits & Chocolate Cyver View... Wieee.... best! Petang nya.. kami jalan2 ke Gym n g singgah skali ke Swimming Pool... Kebetulan masa tu weekend yg tak ramai org.. kami berdua je yg guna swimming pool........



Kemudahan2 lain bagi yang ada extra budget, mugkin boleh cuba Sembunyi Spa dia... services yg ada mcm best je.... takpe2, next time ktia cuba ye... hihih~ Malamnye pulak, kitorg g jalan ke Alamanda.... cari makan & jalan2 ambil angin... :):):)

Biliknye pula, sangat2 la best. Dia guna konsep rumah peranginan mcm kat tepi laut. cuma yg dia ada hanya la tasik buatan. not bad... tenang juga la fikiran bila tenung tasik tu.. skali skala boleh nampak ikan melompat2... kemudahan mcm biasa, ada iron board, katil yang sangat cantik!!! TV, komputer & internet (per hour basis) & kitchen...




So, bagi yg nak honeymoon tapi tak sempat nk g jauh2, tempat ni memang berbaloi utk percutian anda... 20 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.. dan shuttle ke ERL Putrajaya turut disediakan. nak tahu lebih lanjut, boleh buka website ni

27 January 2011

Macam mana nak tambahkan production!???

MF skrg ni sdg mengalamai masalah kemeruduman production... Pressure??? Penat??? atau malas pump??? hihihi.. semua tu alasan je kan??? So, bila tengok susu Fatih dah mula kais pagi makan pagi, kais petang minum esoknye pula... MF kenabuat something utk speed up balik production...

So, google2.. jumpa beberapa tips yang MF tak pernah / jarang cuba:

1) Minum teh pegaga (erm, balik nnt boleh buat ni.. HPA kan ade keluarkan teh pegaga)

2) Makan jantung pisang (uish, cicah belacan sedap ni!!!)

3) Makan pucuk betik... (Suka2.. tapi mana nak dapat musim2 ni)


4) Makan ikan Yu!!!! (sedap ke???)
5) Sengkuang cina (Dulu kami beli masa nak bagi pada Fatih je.. masa dia kuning. Tapi sedap!!! Boleh cuba ni)

6) Increasekan Pumping session.. (hihi.. ni yg MF susah nak buat ni... takpe2.. mgg depan student cuti.. seminggu mama balun mengepam nanti .. Insya-Allah)
7) Banyakkan makan madu / kurma... (Erm, yang ni MF gantikan dengan minum Susu Hi-Goat yang terbaru. Madu + Susu. Sedap!!! )


Kesimpulannya.... doa & usaha kena ada .... So, berazam tak mau sedih2 dah & think positive ok MF!!! You can do it! Love Fatih so much!!!!

25 January 2011

Milestone @ 10 months

Most babies should be able to . . .

Stand holding on to someone or something (Checked)
Walk holding onto furniture (Checked)
Pull up to standing position from sitting (Checked)
Wave goodbye (Checked)
Crawl well (Checked)
Use thumb and finger pincer grasp to pick things up (Checked)

Some babies will probably be able to . . .

Say mama and dada to the right parents (Checked)
Understand the word no but doesn’t always obey it (Checked)
Respond to own name (Checked)
Indicate what he or she wants with gestures other than crying (Checked)
Stand alone momentarily (Checked)

Some babies could possibly be able to . . .

Drink from a cup independently (Checked)
Stand alone well (on going process)
Play ball and patty cake (Checked)
Walk for a step or two (not yet!!!)
Say one word other than mama or dada (Not really clear)
Put toys or object into a container (Checked)

Alhamdulillah.. good job my baby!!! Source : Here

How to travel with your baby???

Hurm, topic yg MF nak cerita ni, satu pengalamn yang boleh dikongsikan bersama... especially, bagi mommies yang duduk berjauhan dengan suami macam MF .. hihi... so far, dah dua kali Fatih travel jauh berdua dengan mama... so far Alhamdulillah... mommies jangan risau, biasa nya baby ni akan faham.... dan tak kan meragam sangat bila travel berdua je ngan mommy masing2 ....

Apa yang diperlukan???
1) Baby Carrier (Currently, we're using Pognae... & it's 100% suggested.. selesa & mudah dipakai)
2) Bag sandang belakang (Isi pampers + wet tissues + toiletries mcm Minyak Yuyi, Lotion, Baby Bath & Baby shampoo for travelling + make sure ada baju spare utk baby)... (elakkan bawa handbag sekiranya nak travel dengan baby... risau bila dalam keadaan kelam kabut, kita tak persan handbag disebelah... )
3) Air!!! (Itu wajib... bila perlu, tak payah susah2 cari kedai nak beli air... dalam beg ada. Kadang2, kita penat bila travel berdua je.. so wajib kena ada air)
4) Soft toys (ie: Cloth book @ teether. Bila baby dah mula resah gelisah, cuma attract dengan mainan... paling2 tak pun,bagi HP. Insya-Allah baby akan senyap :))
5) Nursing cover (Bagi ibu yang bertudung agak labuh, item ni mungkin boleh ditinggalkan sebab tudung kalian insya-Allah boleh menutupi baby menyusu... :))5) .............. dannnnn yang paling penting... SUSU IBU... (hihihi, sebab tu la mommies semua digalakkan untuk continue BF sampai baby 2 tahun. Insya-Allah mudah. Tak perlu bawa botol susu bila travel... bila baby lapar je, insya-Allah sumber paling berkhasiat sentiasa bersama .. betul tak???)

So, we're ready to go mommies!!! Jangan risau.. mulakan langkah dengan Bismillah.. insya-Allah, akan dipermudahkan urusan kita.

Nak diceritakan, pengalaman terbaru kami last week. Kami travel dari Ipoh naik ETS ke Bandar Tasik Selatan. Dengan Fatih, Beg Baju, H/Bag + Beg sekolah Fatih... wah3... berat jugak tu!!!! Sepanjang dalam train dari Stesen Keretapi Ipoh, Fatih main camera mama. Buka tutup ... buka tutup... dah bosan, dia main dengan Mr Spiderman dia... .... habis bosan lagi... fatih dah mula ngantuk.... maka nya, MF pun susukan sampai la Fatih tidur... Bersyukur juga dalam 2 jam perjalanan Fatih behave je. Dapat MF tidur sekejap....

Sampai je di BTS, kami kena turun... sebab ETS tak berhenti di Stesyen Serdang. Mahu tak mahu, kena la angkut semua barang2 tu naik ke atas sebab nak kena beli tiket lain... Syukur juga bawa Touch & Go... tak perlu la nak beratur panjang....

Turun je, ada seorang adik ( Student UNITEN rasanya!) yang dengan murah hatinya berikan kami tempat duduk.... Suka sangat! TQ Adik! Dan org2 sekeliling pun mula meyapa, taya dari mana... mana en Suami dan bla3.... tunggu dalam 5 minit, train ke Serdang tiba.

Alamak!!!! Train penuh.... dengan tak semena2 tiba ada sorg adik UKM pula sapa, "Kak, mai saya tolong bawakan beg tu" (Ya Allah, dalam hati Allah je tahu betapa bersyukurnya MF masa tu!.... Masuk train pun ada org offer tempat duduk juga... sekali lagi thanks to Allah.

Tiba di Serdang.. hujan lebat... Alamak, mcm mana ni!!!! Payung tak bawa.. ni la padahnya bila tak sediakan payung sebelum hujan... hihihi. Terjah je ke kaunter tiket teksi. Beli tiket & masa tu juga.. skali lagi Allah tolong. Ada sorg Pak Cik ni tlg angkatkan beg masuk ke teksi sambil payungkan.... Maha suci Allah. Sentiasa beri pertolongan bila hambaNya dalam kesusahan....

So, moral of the story:
1) Jangan takut bila kena travel dengan baby
2) Sentiasa berdoa pada Allah, semoga dipermudahkan
3) Hormatilah mereka yang lebih tua. Kenapa?? Sebab mereka terlebih dahulu dah pernah merasai kesusahan sebelum kita... haaaaa. apa kena mengena dengan entry ni??? nnt MF sambung ye!!!

ok, to be continued... MF nak g kelas jap ... daaa~