24 February 2011

Jom kenali diri anda.... Kajian Dr Fazilah Kamsah

1) Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

Yang ni Mama Fatih dah tlg kirakan...
Kak Ti sama dengan Fatih : 5,2,7 = Boleh berbincang, Lembut, Patuh
Kak Ain : 5,3,8 = Boleh berbincang, Kemas (Cerewet), Bisnes
Papa : 1,3,4 = Pemimpin, Kemas (Cerewet), Rajin
Mama: 9,8,8 = Glamour, Bisnes, Bisnes
Iqbal: 9,9,9 = Glamour,Glamour,Glamour
Mam Fatih = 1,2,3 = Pemimpin, Lembut, Kemas (Cerewet)
Papa Fatih = 7,2,9 = Patuh, Lembut, Glamour
Auni: 4,6,1 = Rajin, Angin, Pemimpin
Husna : 2,6,8 = Lembut, Angin, Bisnes
Nazmi: 9,6,6 = Glamour, Angin, Angin
Aira : 6,2,8 = Angin, Lembut, Bisnes
Khayra: 4,8,3 = Rajin, Bisnes , Kemas (Cerewet)
Nazif = 6,3,9 = Angin, Kemas (Cerewet), Glamour
Abg Shaidi = 5,9,5 = Boleh berbincang, Glamour, Boleh berbincang
Abg Khairul = 3,6,9 = Kemas (Cerewet), Angin, Glamour

2) RAHSIA TARIKH LAHIR.
PERSONALITI ANDA DARI KIRAAN TARIKH LAHIR


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir..


1. Ketulenan- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,Requel Welach

2. Pendamai (Iza, Afif, Fatih & Aira )
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambilkira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria (Papa, Kak Ain, Iqbal & Nazif)
- Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif (Kak Ati)....
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik ( Abg Khairul, Auni, Husna & Nazmi)
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan m ereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian (Mama & Khayra)
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Fraempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis
Presley.

Ni berdasarkan kajian Dr Fadzillah Kamsah ye :) .. hihih~ sekadar santai2 sambil kira2 matematik :)

05 February 2011

Admitted @ ward

DOA : 4 /2/2011 @ 1230
ROOM # : 321
HOSP: Senawang Specialist Hospital, Seremban.

Selasa lepas... MF join gotong-royong @ office. Cat 4 bilik + hallway yang besar... hihi~ Pagi nya kami dihidangkan dengan Nasi Lemak Daun Pisang (yg sambal nye mcm tak masak sangat!) dan tgh harinya pula MF makan Nasi Ayam...

Nak jadi cerita, ptg tu MF dah mula sakit2 badan & bila Papa Fatih balik malam tu, kami temanla PF makan kat Wong Solo.. makan pun Ayam Penyet. So, agak pedasla hidangan MF seharian tu... malam nyer, sejurus balik dari makan... semua yg masuk perut keluar semula dengan banyaknya! Arakian, malam tu PF kata MF demam... hihi!

Rabu:
Trainer Papa Fatih (Allahyarham En Ashree) telah kembali ke rahmatullah.. nampak sangat PF sedih masa tu.. sebab Arwah ni seorg yg tinggi budi pekerti... hormat org lain... kami sempat ziarah kubuh arwah je.. semoga Arwah tenang di sana. Petangnya, kami melawat Klinik P*****R @ Ampangan... malang nak jadi, wallet MF tertinggal... ingatkan boleh caj under PF nyer rekod.. tapi kerani tu dengan yakin nye kata tak boleh! Aduhai kakak... tu tugas kakak... lain kali, permudahkan urusan kami yg tak sihat ni.. tak perlah.. bayar cash pun jadi. All in, RM 40...

Khamis:
MF dah start muntah2 + cirit birit... rasa boleh tahan. So, kitorg cari air kelapa buat penawar.

Jumaat:
Since dah tak tahan... PF ajak juga MF jumpa doktor... kami singgah Senawang sebab beli barang wek.. tau2 Dr kt kena tahan ward. Sebab dah 3 hari hilang air dalam badan... BP pun makin berkurangan.... So, skrg ni.. tgh tunggu masa nak keluar... esok la kot! Grrrrr~ Sabo je lahhhh.. Smg semua ni akan hilangkan dosa2 MF .. amin.... thanks Ya Allah!