20 February 2014

Jurnal Kesyukuran #4


  1. Alhamdulillah, hari ini hari yang ceria. Fatih & Faris behave sekali.
  2. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk memperolehi ilmu malam tadi. Semoga ianya bermanfaat buat ku Ya Allah. 
  3. Alhamdulillah, Kau berikan ku peringatan. Bahawasanya jika pekerjaan itu bukan diniatkan kepadaMu, hanya penat dan lelah sahaja yang bakal diperolehi.
  4. Alhamdulillah, diri ini masih berpeluang untuk bersama dengan ilmuan hebat.
  5. Alhamdulillah, rumah dah kemas!!! :)
  6. Alhamdulillah, berpeluang merasa kurma dari Mekkah. Semoga satu hari nanti, diri ini dan keluarga bakal menjadi tetamuMu Ya Illahi.
  7. Alhamdulillah, hari ini daku lebih positive.
  8. Alhamdulillah, sedikit sebanyak impian ku untuk membuka Al-Fateh Jr semakin nampak sinar dengan support dari En Ir.
  9. Alhamdulillah, Seminar Islamic Parenting mendapat sokongan dari semua AJK. Semoga berjalan dengan lancar seminar ini YA ALLAH. Berikanlah bantuan daripada setiap sudut.
  10. Alhamdulillah, kami bakal menimba pengalaman baru di Takaful Ikhlas... Ya Allah, sesungguhnya 3 orang memang tidak mencukupi. Bantulah Ya Allah.
  11. Alhamdulillah, mama bakal berangkat ke Mekkah. Murahkanlah rezeki ku agar dapat menyumbang kepadanya.
  12. Alhamdulillah, usrah umum malam tadi dihadiri oleh ramai ahli. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran di sisi mu Ya Allah.
  13. Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menyusukan Faris Iman. Tetapkanlah Ya Allah sehingga umurnya 2 tahun!! 
AMIN Ya Rahim 

19 February 2014

Jurnal Kesyukuran Day #3

Alhamdulillah


  1. Syukur Ya Allah, telah Kau makbulkan permintaan hambaMu ini. 
  2. Syukur Ya Allah, Engkau permudahkan urusan suamiku dalam mengejar cita-citanya bergelar IR. 
  3. Syukur Ya Allah, telah tiba masanya untuk aku berkhidmat dengan lebih baik sebagai ibu dan isteri. 
  4. Syukur Ya Allah, semester ini masa yang lapang Engkau berikan untukku peruntukkan untuk mendalami ilmu pengetahuan.
  5. Syukur Ya Allah, Fatih dan Faris membesar bagai Sang Juara.
  6. Syukur Ya Allah, Engkau lapangkan hati-hati penceramah kami untuk berbakti kepada masyarakat Bangi.
  7. Syukur Ya Allah, Engkau berikan kesihatan yang baik kepada ahli keluargaku. Semoga kami mendapat keberkatan setiap saat yang kau berikan.
  8. Syukur Ya Allah, Engkau hadirkan insan-insan hebat yang sering memberi ku semangat di kala susah dan senang.
  9. Syukur Ya Allah, setiap kali ku jauh dariMu, Engkau ingatkan ku kembali.
  10. Syukur Ya Allah, setiap harta serta kesenangan yang Engkau pinjamkan. Redhailah setiap apa yang kami miliki.
  11. Syukur Ya Allah, Engkau berikan peluang kepada PPAS untuk bergerak lebih jauh. Maka kurniakanlah bantuan untuk projek kami hujung minggu ini Ya Rabb.
  12. Syukur Ya Allah, ibu bapa ku masih lagi berada di sisi ku untuk ku berkhidmat kepada mereka.
  13. Syukur Ya Allah, Engkau izinkan diri ini untuk menyambung Jurnal ini. Janganlah diri ini jauh daripadaMu Ya Rabb.

Amin 

18 February 2014

Cabaran Jurnal Kesyukuran

Alhamdulillah, hari ini hari kedua catatan jurnal kesyukuran. Smg ianya istiqamah selama-lamanya.

Ini sebenarnya cabaran hasil dari perkongsian ilmu dari Abi Mirul.. Mudah sahaja..

Listkan 13 getaran kesyukuran selama 30 hari.... sekiranya ada satu hari yang termissed, makanya kitaran perlu dimulakan daripada 0.

Insya-Allah, MF akan cuba untuk istiqamah!

Cumanya, apa yang hebatnya.... selepas MF mulakan semenjak semalam, makin banyak rezeki yang Allah berikan...

Apa lagi, jom cuba!!!

Jurnal Kesyukuran Day #2

Bismillah.... Wa alhamdulillah


  1. Syukur Ya Allah, pagi ini iman ku masih dihati..
  2. Terima kasih Ya Allah, anakku Fatih semakin bijak dan semakin rajin untuk solat.
  3. Syukur Ya Allah, Engkau berikan aku peluang untuk bertemu dengan Sifoo Sidiq, Mentor Arab, Abi Mirul, Ummi Khatijah dan rakan-rakan yang hebat! Tetapkanlah mereka disisiku.
  4. Terima kasih Ya Allah, Engkau berikan keistimewaan kepadaku. Ilmu designing Photoshop yang daku miliki ini, semoga menjadi manfaat kepada semua disekitar ku.
  5. Alhamdulillah, anganku untuk mendalami ilmu semakin cerah dihadapan. 
  6. Syukur juga kerana engkau kurniakan ilmu bekam kepadaku. Semoga dengan adanya ilmu ini didadaku, dapatku berkhidmat kepada orang-orang disekeliling ku.
  7. Terima kasih Ya Allah, atas kasih sayangMu setiap hari buat ku. Semakin banyak aku bersyukur pada Mu, semakin banyak yang Engkau berikan kepadaku.
  8. Alhamdullilah, hari ni Nadiah akan present papernya. Semoga ilmu yang dipelajari bersama ini, mendapat manfaat dunia dan akhirat.
  9. Alhamdulillah juga, peluang yang diberikan oleh Pejabat Adun sedikit sebanyak dapat membantu seseorang. Semoga rezeki yang Kau buka ini, diberkati Ya Rabb.
  10. Syukur Ya Allah, satu lagi peluang perniagaan terbentang dihadapan. Semoga ini adalah khidmat yang dapat aku berikan kepada masyarakat di Bangi. Semoga Al-Fateh Jr suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.
  11. Alhamdulillah khidmat ku masih diperlukan. Maka, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku Ya Rabb. 
  12. Alhamdulillah, semalam Allah izinkan untuk berbakti kepada ibunda. Semoga sumbangan yang sedikit, mendapat pahala disisiMu Ya Rabb.
  13. Alhamdulillah Ya Allah semoga doa yang kukirim melalui Abi Mirul, diterimaMu.

Syukur tanpa nokhtah! 

17 February 2014

Jurnal Kesyukuran Day #1

Bismillah..

#1 : Alhamdulillah hari ini MF masih diberikan nyawa dan iman dalam menjadi HambaMu Ya Allah
#2 : Alhamdulillah disekeliling MF masih ramai yang menyokong MF
#3 : Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang bersama suami yang sangat hebat.
#4 : Alhamdulillah, MF masih mempunyai ibubapa yang penyayang
#5 : Alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki buatku di Uniten.
#6 : Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan jasad yang sihat - malah lebih sihat!
#7 : Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk pelajari ilmu Bekam yang sangat bermanfaat.
#8 : Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kurniaan anak-anak yang comel & bijak
#9 : Alhamdulillah, rumah yang bakal kami duduki kita dalam proses
# 10 : Alhamdulillah, Fatih & Faris sihat di tempat jagaan masing-masing.
# 11 : Alhamdulillah, Allah sentiasa memeliharaku dimana sahaja diriku berada.
# 12 : Alhamdulillah, Allah permudahkan kami untuk menjalankan Seminar Islamic Parenting.. Berkati dan jayakanlah program ini Ya Rabb.
# 13 : Alhamdulillah, Allah masih memberiku rezeki untuk berada bersama-sama sahabat yang dahagakan cahaya iman.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam Ya Rahman, Ya Rahim