18 February 2014

Jurnal Kesyukuran Day #2

Bismillah.... Wa alhamdulillah


  1. Syukur Ya Allah, pagi ini iman ku masih dihati..
  2. Terima kasih Ya Allah, anakku Fatih semakin bijak dan semakin rajin untuk solat.
  3. Syukur Ya Allah, Engkau berikan aku peluang untuk bertemu dengan Sifoo Sidiq, Mentor Arab, Abi Mirul, Ummi Khatijah dan rakan-rakan yang hebat! Tetapkanlah mereka disisiku.
  4. Terima kasih Ya Allah, Engkau berikan keistimewaan kepadaku. Ilmu designing Photoshop yang daku miliki ini, semoga menjadi manfaat kepada semua disekitar ku.
  5. Alhamdulillah, anganku untuk mendalami ilmu semakin cerah dihadapan. 
  6. Syukur juga kerana engkau kurniakan ilmu bekam kepadaku. Semoga dengan adanya ilmu ini didadaku, dapatku berkhidmat kepada orang-orang disekeliling ku.
  7. Terima kasih Ya Allah, atas kasih sayangMu setiap hari buat ku. Semakin banyak aku bersyukur pada Mu, semakin banyak yang Engkau berikan kepadaku.
  8. Alhamdullilah, hari ni Nadiah akan present papernya. Semoga ilmu yang dipelajari bersama ini, mendapat manfaat dunia dan akhirat.
  9. Alhamdulillah juga, peluang yang diberikan oleh Pejabat Adun sedikit sebanyak dapat membantu seseorang. Semoga rezeki yang Kau buka ini, diberkati Ya Rabb.
  10. Syukur Ya Allah, satu lagi peluang perniagaan terbentang dihadapan. Semoga ini adalah khidmat yang dapat aku berikan kepada masyarakat di Bangi. Semoga Al-Fateh Jr suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.
  11. Alhamdulillah khidmat ku masih diperlukan. Maka, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku Ya Rabb. 
  12. Alhamdulillah, semalam Allah izinkan untuk berbakti kepada ibunda. Semoga sumbangan yang sedikit, mendapat pahala disisiMu Ya Rabb.
  13. Alhamdulillah Ya Allah semoga doa yang kukirim melalui Abi Mirul, diterimaMu.

Syukur tanpa nokhtah! 

No comments:

Post a Comment