20 February 2014

Jurnal Kesyukuran #4


  1. Alhamdulillah, hari ini hari yang ceria. Fatih & Faris behave sekali.
  2. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk memperolehi ilmu malam tadi. Semoga ianya bermanfaat buat ku Ya Allah. 
  3. Alhamdulillah, Kau berikan ku peringatan. Bahawasanya jika pekerjaan itu bukan diniatkan kepadaMu, hanya penat dan lelah sahaja yang bakal diperolehi.
  4. Alhamdulillah, diri ini masih berpeluang untuk bersama dengan ilmuan hebat.
  5. Alhamdulillah, rumah dah kemas!!! :)
  6. Alhamdulillah, berpeluang merasa kurma dari Mekkah. Semoga satu hari nanti, diri ini dan keluarga bakal menjadi tetamuMu Ya Illahi.
  7. Alhamdulillah, hari ini daku lebih positive.
  8. Alhamdulillah, sedikit sebanyak impian ku untuk membuka Al-Fateh Jr semakin nampak sinar dengan support dari En Ir.
  9. Alhamdulillah, Seminar Islamic Parenting mendapat sokongan dari semua AJK. Semoga berjalan dengan lancar seminar ini YA ALLAH. Berikanlah bantuan daripada setiap sudut.
  10. Alhamdulillah, kami bakal menimba pengalaman baru di Takaful Ikhlas... Ya Allah, sesungguhnya 3 orang memang tidak mencukupi. Bantulah Ya Allah.
  11. Alhamdulillah, mama bakal berangkat ke Mekkah. Murahkanlah rezeki ku agar dapat menyumbang kepadanya.
  12. Alhamdulillah, usrah umum malam tadi dihadiri oleh ramai ahli. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran di sisi mu Ya Allah.
  13. Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menyusukan Faris Iman. Tetapkanlah Ya Allah sehingga umurnya 2 tahun!! 
AMIN Ya Rahim 

No comments:

Post a Comment