17 February 2014

Jurnal Kesyukuran Day #1

Bismillah..

#1 : Alhamdulillah hari ini MF masih diberikan nyawa dan iman dalam menjadi HambaMu Ya Allah
#2 : Alhamdulillah disekeliling MF masih ramai yang menyokong MF
#3 : Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang bersama suami yang sangat hebat.
#4 : Alhamdulillah, MF masih mempunyai ibubapa yang penyayang
#5 : Alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki buatku di Uniten.
#6 : Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan jasad yang sihat - malah lebih sihat!
#7 : Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk pelajari ilmu Bekam yang sangat bermanfaat.
#8 : Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kurniaan anak-anak yang comel & bijak
#9 : Alhamdulillah, rumah yang bakal kami duduki kita dalam proses
# 10 : Alhamdulillah, Fatih & Faris sihat di tempat jagaan masing-masing.
# 11 : Alhamdulillah, Allah sentiasa memeliharaku dimana sahaja diriku berada.
# 12 : Alhamdulillah, Allah permudahkan kami untuk menjalankan Seminar Islamic Parenting.. Berkati dan jayakanlah program ini Ya Rabb.
# 13 : Alhamdulillah, Allah masih memberiku rezeki untuk berada bersama-sama sahabat yang dahagakan cahaya iman.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam Ya Rahman, Ya Rahim

No comments:

Post a Comment