Hari Ahad lepas, MF & PF ada dua agenda yg berbeza :)... PF pergi usrah menimba ilmu.. MF g shopping @ Pureen Warehouse Sale... first time pergi... dek kerana teruja tengok org ramai... langsung terlupa nak ambil gambar :).. Cumanya, ni beberapa tips kalau nak pergi sana:
- Bagi yg first timer nak pergi, silalah bawa GPS... Sebabnya, nak masuk ke kawasan perindustrian tu, agak keliru sikit jalan dia...
- Bawala stroller kalau ada.. Kesian kat kaum bapa yang terpaksa mengangkut banyak2 barang yg berat2.... :)
- Kalau boleh, tolong la jangan bawa baby... Memangla ada kawasan yang lapang utk kaum bapa duduk sambil ibu2 pergi bershopping... tapi, bila dah nak masuk tengah hari... Fuhhh~ kita yang tak bawa baby ni pun berpeluh... ni kan pula baby yg kecil tu... Tapi kalau dah takde pilihan, make sure bawa kipas electric yg battery operated tu ye... ni nak elakkan baby anda menangis masa anda bershopping :)
- Diorg accept credit card, debit card & ATM card... so, rancang2 la barang yang nak dibeli supaya tak terover budget...
- Parking... memang susah nak dapat lagi2 kalau sampai dalam pukul 10 am... Maybe this year ni first time diorg buat, so sepanjang jalan tu memang penuh dengan kereta... Jadi, parking la di tempat yang berbayar tu... dah la bawah bangunan.... bayar pun RM 3 utk sejam petama.... selesa je bila nak load barang masuk kereta nanti ....
- Kalau nak pergi, cari geng2 yang memang nak beli barang baby... Jimat duit minyak...
- Jangan la keluar rumah pukul 10.. sebab around that time, Federal Highway memang amatlah JEM nyer... kalau boleh, sampai kat Warehouse diorg around pukul 9.30 am... baru lega sikit nak cari baju. Tu pun, kami sampai 9.30.. orang dah mula ramai... by the time nak bayar pukul 11.00 am.. orang dah beratur panjang :)
Ok, memandangkan takde gambar nak di upload.. ni sedikit perkiraan yang MF dah buat berdasarkan comparison dengan market price... Berbaloi atau tidak, terpulang kepada mereka yang menilai :)
Ni calculation berdasarkan harga dari internet ye...
Maybe kalau ibu2 yang nak cari baju tu... lagi banyak jimat la... harga baju sepasang RM 10 - RM 15.. Anyway, bersyukur sebab bawa stroller Fatih... sebab banyak membantu semasa ketiadaan PF.. hihi... so, sekarang ni dah tiba masa untuk mencuci baju2 Fatih... dan sort mana yg ok dan mana yang untuk disisihkan :)
Yeayy~ Excited!!!! Waiting for the next Mommy's & Baby Fair @ PWTC somewhere in June... dan itu akan menjadi shopping yg terakhir sebelum bersalin bulan July nanti... insya-Allah :)