21 December 2010

Mama Rindu Fatih!!!

Hari ni, tepat jam 5.17 am... mama terpaksa meninggalkan Fatih buat seketika.... huwaaa, baru nak buat entry dah sedih.. camne nih!!! Mama kena present paper kat NASDEC 2010... so, nak tak nak... (sebenarnye, silap planning nih!) Fatih terpaksa berjauhan selama 30 jam dengan mama... sadis3!!!

Nak jadi cerita, papa sekarang kat point A, Fatih di point B & mama di point C.


4 jam 11 minit menjarakkan papa & Fatih .... & 3 jam 27 min menjarakkan mama dengan Fatih.... Mama doakan Fatih jadi anak yg baik... malam ni tidur baik2 ye sayang... kalau lapar, nnt Mak Long bagi susu.... huwaaaa :'((

Once checked in je ke bilik tadi... wargh, terus rasa macam, kenapa mama tak bawa Fatih... kenapa ... kenapa .... huuuu~ Takdir namanya... esok pagi, jam 8.30 am tepat! mama kena present paper... so, sesiapa yg baca, tolong doakan:

1) Fatih jadi anak yang baik & behave duduk dgn Mak Long
2) Dipermudahkan mama nak present esok!!!

dalam hati sekarang, nak terbang balik je ke Putrajaya... nak peluk Fatih puas2!!!! sedeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

16 December 2010

Tutorial hari ni

Hari ni ummi belajar photoshop tru online... ni hasil Mama Fatih... jom compare dgn anak murid punya result tru phone.. klu ok, kita boleh buat paper, present dekat conference... "The Effectiveness of Web Design Learning tru Phone"

Heheheh



Ni Hasil anak murid.. ok jugak tu!!! Hehehhe



Cantik kan... hahahah, Ummi & mama fatih tengah sengal :P

15 December 2010

HAPPY BIRTHDAY MY LIL BABY





Semoga Allah merahmatimu setiap saat!!!

Sebagai meraikan Mama dah habis conference & papa dah habis exam + Fatih dah 9 bulan, kami pergi jalan2 ke JJ Equine Park....



Fatih makan pisang, papa mama makan Sushi King :)


Ni Fatih pergi Alamanda... Bulat tak mata saya Ummi????


1st Time Fatih pergi McD !!! Tercengang dia tengok kawan kat sebelah yg sangat cute!!! Exactly mcm kakak Hannah & Abg Nazmi la..


Ni pula Fatih & His Ride... the big red rooster


Haaa~ yang ni pula, mama record Fatih tgh sepahkan rumah.... tiba2, dia pusing belakang la pulak. Aiseh, kantoi mama capture Fatih :) Hiihihihi... dia pun, sengih comel dia la sebab rasa bersalah tu! Ishk4....

Ook, byeeeeee~

09 December 2010

Fatih dah Graduate 8th Month Milestone???

Ok, Mr Google kata, by 8 months, baby should achieve all these milestones and should be able to . . .

Start crawling - Checked at 7 mo
Sit without support - checkED at 7 and 1/2 mo
Pass object from one hand to the other - checked recently
Respond to own name - checked earliest by 5 mo
Mouth and chew on objects - check reecently
Reach for spoon when being fed - Not even spoon, he dumped his face onto the food!!!
Turn away when finished eating - checked
Say mama and dada to both parents (usually isn’t specific) - Mama & Papa actually! and also his name... teh2

Something extra for him:

Stand while holding on to something - checked @ 7 mo
Crawl well - check @ 7 mo
Pull up to standing position from sitting - checked @ 8 mo
Walk holding onto furniture - recently
Clap and bang objects together - checked
Separation and stranger anxiety may begin - begun @ his 1st day at nursery
Stand alone momentarily - sometimes
Wave goodbye - yup2!
Understand the word no (but usually doesn’t obey it) - agree!!! now Fatih is playing with his new toy a.k.a Iron!!! waaaaaa

Alhamdulillah, Fatih, you're now graduated from your 8th months milestone.. well done my baby!!

07 December 2010

Milestone Fatih

Lagi 2 hari Fatih akan sambut ulang tahun ke 9 bulan.. sekejap je masa berjalan... Alhamdulillah Fatih membesar dengan sihat wpun Papa Fatih on off jaga Fatih... huhu~ Ok, setakat hari ni, progress Fatih:

1) Dah berdiri!!!!
2) Sedih bila kena tinggal sendiri
3) Panjat meja kecil yg setinggi pinggang dia... Aduh la!!!
4) Dah pandai sebut "Mama, Papa, Teh2 (Fatih kot), Pah2...
5) Suka gigit orang!!!!! Grrr
6) Suka makan bubur nasi + labu :)
7) Suka panjat pagar....
8) Ada 4 + 2 + 1 (4 btg gigi atas, 2 bawah + 1 gigi taring yg baru timbul)


Tadaaa~ Haluu Ummi! :)

Alhamdulillah, Fatih... jadi anak yg baik ye!!!

05 December 2010

Weekend dengan Mama

Weekend ni, Mama Fatih balik berdua je dgn Fatih ke Seremban. Petang Jumaat tu, rupanya Fatih dah berjalan sakan ke MAHA... aduhai, MF punya lah tak nak Fatih ke tempat2 mcm tu!!! Sebab kesian tgk Baby2 yg kesana.. panas tu!!! Kita yang dah besar ni pun tak tahan, nikan pula baby yg kecil tu!!! Takpelah..

Makanya, bila dah kepenatan... on the way balik ke Seremban tu Fatih tidur je sepanjang jalan. Alhamdulillah, ada hikmahnya juga! Aktiviti??? Sabtu, Fatih pergi kenduri jiran kat Seremban... Khatam Al-Quran, Berzanji & Jamuan makan sempena Majlis Perkahwinan... Fatih pun, senyap je! Elok pulak siap bersandar dekat sorg Nenek tu, semata2 sebab nak tunjuk dia dah boleh berdiri! Hihi~ comel je! Tak lama lepas tu, Fatih tidur sebab sessi berzanji, lama yang amat! MF pun ngantuk.. zzzzz

Tgh harinya, Fatih, MF, Atok, Wek & Pak Su pergi KL pulak! Jumpa Adik Nazif!.. Wahahahaha.. Seronok! Ummi, jangan jeles, kitorg jumpa ramai sedara kat rumah Nak Bee... lalalal...

Hari Ahad pulak, Fatih g Tesco Seremban 2. Ramai sungguhla manusia. Yang geramnye, MF tunggu parking, sedap je tiba2 org lain masuk!!! Grrrr, sabarnye... ape lg, sound direct je!!!Nasib kamu la Encik... siapa suruh curi tempat org kan!!!

Basically, silah hormat orang lain wahai rakyat Malaysia, kan elok kalau kita saling hormat menghormati... aman dunia

01 December 2010

Saigon @ Terengganu???

Fatih Batuk

Pagi ni, MF agak kemengantukan bila Fatih tak tidur lena malam tadi. Kesian dia!!! Batuk teruk sangat.... bagi susu pun, minum sekejap2 je!!! Aduhai, macam mn ye?? Nak buat apa ni??? Nak tak nak, MF bangun.. bagi PCM sikit kat dia.. nak bagi reda sikit sakit tekak Fatih... dah makan, baru dia segar sikit... MF pun ngantuk, makanya.. tinggalkan Fatih main sorg2.. hihih... ni google2, dapat cari tips2 sikit utk bayi yang batuk:

Tips 1:

Siapa yang tidak risau atau kesian melihat anaknya mengalami batuk terutamanya bayi. Saya ada satu petua yang disyorkan oleh orang-orang tua bagi melegakan batuk bayi.

Bahan-bahan:

1. Bunga belimbing buluh
2. Gula batu
3. Air

Masukkan bunga belimbing, gula batu dan sedikit air ke dalam bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas ini di dalam periuk nasi yang telah ditanak. Biarkan seketika. Berikan bayi anda minum air tadi. Insyallah lega batuknya.


Tips 2
1. Hadapi dengan tenang dan buat anak Anda tenang. Ajak ia duduk, membaca buku atau bermain dengan permainan yang tidak melelahkan. Menangis hanya membuatnya lebih sulit bernafas.
2. Melembabkan udara. Gunakan humidifier di kamar tidur anak Anda atau bawa anak Anda untuk bernafas dalam udara lembab di kamar mandi yang beruap hangat selama 10 menit.
3. Buatlah suasana segar dan sejuk. Terkadang bernafas dengan udara segar dan sejuk bisa membantu mengatasi sesak. Bukalah jendela atau hidupkan alat pelembab ruangan. Jika udara di luar rumah lebih dingin, bungkuslah anak Anda dalam selimut dan berjalanlah di luar selama beberapa menit.
4. Pertahankan anak Anda dalam posisi tegak lurus. Duduk tegak dapat membuatnya bernafas lebih mudah.
5. Tawarkan minuman. Untuk bayi, Anda bisa memberikan ASI atau formula yang biasa diminumnya. Untuk anak-anak, sup atau buah dingin segar dapat membantu.
6. Usahakan anak Anda untuk beristirahat. Tidur dapat membantu anak Anda melawan infeksi.
7. Tidurlah di dekat anak Anda atau bahkan di kamar yang sama, sehingga Anda dapat mengambil tindakan cepat jika gejala anak Anda menjadi parah.

Dan yang paling utama sebenarnya, Yakin yg Allah lah yang layak untuk menyembuhkan segala penyakit2 kita!!!


Ya Allah, engkau sembuhkanlah anakku!!!


Hurmmm.. Semoga anak mama cepat sebuh sayang!!!