Percutian kali ni membawa kami kembali ke tempat lahir MF. Melaka Bandaraya Bersejarah! Lama sungguh MF tak balik sampai tak tahu apa yg ada kat Melaka sekarang. Hihi~ Kami ke sana pada 2 Januari 2010.... menginap di Renaissance Hotel Malacca yang betul2 di tengah2 kota Melaka. Selesa wpun hotel tu dah agak lama.... mudah sebab dekat dengan semua tempat.
Aktiviti pertama kami, since datang dari jauh.. of course la cari makan ... destinasi pertama ialah Serkam Pantai... nak cari ikan bakar punya pasal :) Erm, kalau nak tahu.... Serkam pantai ni tempat ikan bakar yang sangat famous suatu ketika dahulu.. sampai la sekarang :) Menurut Google Maps, nak ke Serkam Pantai ambil masa 30 mins dari tempat yg kami menginap... masih lagi macam tahun 90-an dulu... cuma ada bangunan baru untuk medan ikan bakar... kami cuba kedai yg agak lama sebab biasa nya yg lama2 ni sedap!!!
Tapi, MF mcm tak puas hati sikit..... mcm tak puas je makan .. hihi~ Makanya En Suami kata.. esok kita datang lagi~ Yahooooo.. suka2!
Malam tu, kami pusing2 bandar Melaka... banyak tempat baru yg boleh dilawati... Yang pasti.. malam tu macam ada karnival kat Dataran Melaka... kami pun, ambil kesempatan la untuk naik menara Taming Sari... harga tiket : RM 15 seorang utk dewasa... kat atas tu, boleh nampak la permandangan sekitar bandar Melaka.. cuma yg agak tak syok tu... laju sikit dia berpusing... hihi~ tak sempat nak capture moment...
Selesai bergambar.. kami pusing2 kat pasar malam tepi Padang tu.. sempat la merasa Dragon Fruit Shake.. sedap! Nnt nak cuba buat sendiri!!!
Next morning... selepas je bersarapan... kitorg g malawat En Buaya yg tak tinggal di laut... hihi~ Kami g Taman Buaya Melaka.. Buaya banyak, tapi kandang dia tak berapa bersih.. so.. tengok buaya tido & bangkai ayam yang kena campak ke dalam kandang buaya ... harga tiket : RM 8 untuk dewasa... RM 4 utk kanak2.... di sebabkan tak mencapai target nak bagi badan berpeluh... so kami pun melintas jalan (melalui laluan bawah tanah)ke Zoo yg terletak diseberang jalan... Harga tiket zoo: RM 10 utk dewasa dan RM 5 bagi kanak2 (pd hujung mgg dan cuti umum)...
Pendapat kami la.. lain kali kalau nak tengok buaya, baik dtg Zoo Melaka je.. hihi.. makna kata, pihak Taman Buaya, sila lah buat sesuatu agar taman anda lebih menarik ye! Zoo melaka sangat la best nye!!! Ada persembahan gajah lagi.. hihi! Sesiapa yg rasa nak adventure sikit, jangan la naik tram ye.. silalah jalan kaki pusing satu Zoo.. insya-Allah berpeluh sakan kalian!!!
Pulang dari zoo, kami cuba naik Cruise menyusuri Sungai Melaka pulak.... kami naik dari Taman Herba.. kat sini Parking mudah dapat dan org tak ramai sangat. So tak perlu beratur panjang2... tambang: RM 10 dewasa RM 5 kanak2.. Yang berbaloi nye, masa dalam cruise tu, dia cerita semua sejarah2 yg pernah berlaku disepanjang sungai Melaka tu.. nnt boleh tengok Kampung Moterm, Jambatan Hang Jebat... dan end di Kincir Air yg besar ni!!!
Petangnya, disebabkan lapar yang amat sangat.. kami terus kan perjalanan sekali lagi ke Umbai.. kali ni kami makan di Medan Ikan Bakar Umbai...20 minit dari Bandar Melaka... kalian boleh pilih mana kedai yang berkenan di hati.. ada lebih 10 kedai yg menawarkan ikan2 yg sangat2 fresh.. kali kedua ni, mmg MF puas hati sangat. punca nya bukan apa.. sebab dapat makan nasi lemak dalam daun pisang.. hihih~
So, sebelum mengakhiri cuti2 kami, kami singgah sekejap bershopping kat Bandar Hilir.. rakan2.. kalau nak membeli tu.. pusing kasi habis dulu ye.. jangan nampak terus terjah.. Dah penat membeli belah, MF request nak masuk Muzium Samudera yang femes tu.. ala, muzium kapal yang sangat besar tu.. Papa Fatih turutkan je la hajat ibu mengandung ni... hihi~ Ok, seronok jugak la... dpt merasa la naik kapal wpun aas darat je.. hihi! K, selamat bercuti!!!
No comments:
Post a Comment