25 August 2011

Kad raya

Salam semua... kat office ni, semua department dok hantar e-kad raya... makanya, MF pun nak ambil kesempatan utk ucapkan, Selamat Menyambut Aidilfitri, hari kemenangan semua umat Islam....
Semoga amalan kita dibulan Ramadhan kali ini diterima olehNya

Raya 2010

19 August 2011

New Header

Fuhhh~ seronok!

Hari ni MF belajar benda baru... ilmu juga tu! Wpun selama ni MF dah guna Photoshop, tapi banyak agi ilmu yg boleh di gali dalam2...

Anyway, thanks kepada Sifoo kerana sudi berkongsi ilmu. Maka, jom.... kita belajar lagi photoshop... happy :)

Note: Ummi, jgn marah ye... MF tukar header .... kwang3!!!!

16 August 2011

Seruan Ramadhan

Dua tiga minggu ni, MF ada hobi baru. Blog hopping.... tapi, nak jadi cerita, majoriti blog yg MF baca, semua bercerita tentang dugaan hidup... Subhanallah... besar ujian mu buat mereka. MF doakan, semoga ujian yang Allah berikan ni, bakal diberikan juga bantuan daripada sisiNya... antara yang MF terkesan dengan kisah:

  • Noorma - Ibu kepada seorang bayi yg masih kecil, yang masih belum faham apa erti kehidupan. Kini terlantar kerana menghidapi Brain Tumor Stage 4.
  • Mawar - Ibu kepada dua anak, yang baru kehilangan suami tercinta semasa pulang ke kampung halaman.
  • Salwa - juga ibu kepada 3 orang anak yang kehilangan suaminya semasa awal Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, Allah telah pulangkan semula suaminya ke pangkuan mereka sekeluarga.

Makanya, daripada itu semua, MF berdoa padaNya, semoga dipelihara keluarga kami dari sebarang bala bencana. Sekiranya diturunkan ujian, ujilah kami dengan ujian yang mampu kami tanggungi... Jom, kita baca doa kebahagiaan rumah tangga. Semoga Fatih & Family bakal bersama hingga ke syurga. Amin...


Happy Family... hermmm... yg sulung lelaki.... next???? :)


* Pic : Credit to Mr XPSeven... Sahabat lama di kampus


15 August 2011

Merging Time

Yeay! MF dah berjaya merge kan dua blog MF menjadi satu...

So, blog jalan2 akan disatukan dalam ni sahaja :) hihih~

Nway, kita dah pun memasuki separuh daripada bulan MULIA ni.... mari kita usaha untuk imarahkan lagi ibadah kita di bulan yang penuh dengan barakah ni.....

Semoga amalanku diterima olehMu ya Allah....

09 August 2011

Happy Family




Hihih~ ni saje tak de kerja nama nye... yeay!!! Nak buat sendiri??? Meh masuk sini: FaceYourMangga

Vietnam Tour

Last month Fatih & family jalan2 ke Vietnam... satu pengalaman yang amat menyeronokkan!!! Tengok tempat orang... Macam2 perangai pun ada...Tapi, tu la sebabnya org2 tua suruh kita jalan2 kan. Melihat tempat orang.

Jom kita cuci mata.....


Day 1:

Dalam itinerary ... destinasi pertama kami pergi melawat Cuchi Tunnel. (Sebutan yg sebenar nye KuChi ye.. bukan cuci....hihih) Subhanallah.. menakjubkan!!! 220 km!!! Macam mana org Vietnam zaman perang dulu boleh tinggal dalam tanah.... MF cuba masuk.... 100 meter pun dah sesak nafas. ni pula mereka yg bertahun2 bertapa dalam tu.... sempit, gelap.... huu~ gerun!!!

Sempat juga la tengok mcm mana diorg survive dengan patung2 boneka yg diorg letakkan kat situ.... merasa makan ubi kayu cicah kelapa & gula macam zaman atok nenek dulu... Fatih sangat lah suka!!!! Haaa... kat sini MF dah perasan sorg celebrity ni.. tapi dalam hari.. wah... takpelah.... seganlah nak bergambar dgn mereka... hihihih.. maka perjalanan di teruskan...

Memandangkan tempat tu jauh, jadi.. makan masa untuk travel. Petangnya kami di bawa melawat ke Musium Perang... sadis tengok mangsa agent oren... ada yg tiada kaki... tulang belakang bengkok... kudung tangan... huuuh... semoga Allah selamat kan Malaysia dari sebarang bala bencana! Aminnn... Dok khusyuk tengok gambar, tak perasan kami dah lambat.. ape lagi.. lari la bertiga ke arah bas.. tengok2... kami org last. hahahaha

Next destination, kami dibawa ke Former Residential Palace, Notre Dame Cathedral, Center Post Office dan City Hall... Semua ni tempat bersejarahla kiranya di Vietnam. Penat memang tak ingat lah.. si comel Fatih memanjang nak dukung dgn mama. Alhamdulillah ada POGNAE.... lega sikit! Agenda seterusnya!!! SHOPPING @ Ben Thanh Market... ni mmg tak sah kalau tak buat kalau dtg Vietnam.... cotton, silk, handbag... bag travelling... semua murah gilaa!!!!

Day 2

Sekali lagi kami keluar dari HCM City menuju ke arah Mekong River Delta.. Satu pengalaman yg menakjubkan... melihat cara hidup org asing.... Dengan cruise, kami susuri Sungai Mekong ke CheckPoint pertama : Local Coconut Candy Shop. Kilang tempat buat gula2 kelapa... sambil menonton, sambil membeli buat bekalan pulang ke Malaysia.

CP2 pula, kami dibawa ke rumah Mr Nam Ngo... di mana kami dihidangkan dengan air teh + limau + madu + poleny... wah.. sedap bangat!! terus rasa fresh... Fatih pun amat la suka... sampai lepas tu, terus ceria je dia... hihihih....


Utk ke CP seterusnya, ada dua pilihan. Bagi yg bawa anak kecil & takut air, diWAJIBkan naik cruise... bagi yg selebihnya, meeka berpeluang untuk naik sampan kolek.. hihii... yg muat2 utk 5 org dewasa shj... termasuklah PF.... nak ambil gambar tak sempat... sebab PF jauh sangat beratur kat belakang.... jadi gambar kawan PF pun jadi lah ye...

Pengemudi sampan yang sabar

Sampai je CP seterusnya, tunggu punya tunggu... tak dapat2 tempat duduk.. siap kena halau dengan pelayan.. punca.. sbb Tourist Guide Vietnam kami tak tiba lagi dengan sampan dia... kebetulan pula.... tempat tu tgh penuh dengan sekumpulan manusia dari MALAYSIA!!!! hahaaaaa... nak gelak MF bila terkenang tempat ni... masa tu MF tengah dukung Fatih dgn POGNAE... lalu lah sebelah sekumpulan anak muda... nampak beriman je muka masing2.... masing2 dok senyum dgn MF... dalam hati.. ape hal la diorg ni... tak kenal pun.... lalalalalalla

Nak jadi cerita, lepas je TGV sampai.... kami pun duduklah tempat yg sememangnya dah disiapkan pun.... hidangannya ialah 5 jenis buah2an tempatan VIETNAM.. nak tahu apa??? Dragon fruit, ciku, rambutan, betik dan nenas. Hihihi... dalam duduk makan tu, dengar la ada org cakap, "Tu group IMAM MUDA tu"... cets, patutla diorg dok senyum je.. agaknya diorg ingat MF kenal diorg kot... sorry la ye adik abang.. MF tak follow IM tahun nih... hihi.. patutla.. semalam tu, rupanya Raja MAziah pengasas HIRA' MARKETING ada kat CuChi Tunnel. rupanya diorg bawa group IM ni raikan kemenangan masing2.

So, bergambarlah kami dengan mereka.... 2 je pun. yg 1st and 2nd place. yg lain2 dah naik bot kot...




Petang hari kedua... kami pergi tonton WATER PUPPET..... perkara paling wajib yg perlu dilakukan selain SHOPPING di Vietnam. Nak tahu lebih lanjut pasal water puppet nih... boleh type kat Water Puppet Show @Ho Chi Minh City YouTube... yg pasti.. sangat best!!! Fatih tercengang cengang tengok show... hihih~



Hari ketiga dan keempat, kami penuhi dengan jalan2 Saigon.... Shopping satu hari...

Ok, macam mn kami survive dgn makanan kat sana. Hari pertama kami disana, kami just bersarapan dengan roti yg dibawa dari Malaysia. Restaurant di hotel tu, wpun sediakan makanan halal... tapi bersebelahan dgn makanan halal ada PORK... arghhh ... dah jatuh was2... tak boleh la makan!!! memandangkan ada masalah sikit dgn makanan, makanya kami ikhtiar utk ambil no tel salah satu restaurant halal di HCM... RESTAURANT SAMSUDIN.... khidmat penghantaran di sediakan... makanya, tak timbul masalah makan untuk Fatih ... Alhamdulillah.... wpun sedikit mahal, yg penting halal & sedap! :)

Ok, aktiviti lain yg mama tak ceritakan:
1) Shopping baju raya mama - kurung pahang siap manik penuh RM 90 sahaja!
2) Shopping di night market sampai pukul 12.30 ttgh malam dengan Kak Sal & family
3) Pergi Hard Rock Cafe... cuci mata.. hihih
4) Minum Kopi ais setiap kali makan... superb!!!!
5) Makan nasi lemak 5 lauk di HCM ... terbaik!!!
6) Telekung - hurmmmm RM 15 pun ada!
7) Beli beg Kippling Ikeen for RM 13... cantik gila.. menyesal tak beli
8) Kenderaan UTAMA mereka ialah motor.... padat amat2!!!!

Tapi, sepanjang di sana... memang bersyukur dengan kurniaan Allah... dilahirkan di MALAYSIA yang aman damai, tak se sesak VIETNAM dan kemudahan awam yg banyak .... SYUKUR ALHAMDULILLAH....

Ok, itu sahaja.. yg pasti.. kami suka VIETNAM!!! MF nak pergi lagi boleh PF ???? hihih... Jom tgk gambar lagi..

Sawah padi menghijau... TENANG

Kami suka HCM

Fatih

HCM yang AMAT PADAT!!!

Bye2 Vietnam

02 August 2011

Kemanisan BF

Wah, lama betul tak masuk sini.... skrg tgh nak dekat final sem. Makanya, sibuk nak key-in markah students + marking report student tak menimbun2 ni... btw, last month, adik2 junior ada minta MF sharekan sedikit pengalaman BF... karang ayat macam nak buat paper for conference... nway... selamat membaca... banyak lagi ilmu nak kena gali dan gali nih.... huhuh~
-------------------------------------------------------------------------------------

KEMANISAN BREASTFEEDING.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Dikesempatan ini, MF dengan rendah dirinya, ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menjayakan penyusuan Susu Ibu khas buat permata yang diamanahkan olehNya. Pengalaman yang sedikit ini, diharapkan dapat dimanfaatkan bersama, Insya-Allah.

Sepanjang proses mengandungkan bayi, MF sentiasa berdoa kepadaNya, antara lain semoga dipermudahkan proses mengandung dan bersalin nanti, dikurniakan bayi yang soleh dan beriman, dan yang paling penting … berjaya menyusukan bayi sehingga genap usianya 2 tahun. “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu …. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah: 233). Dengan penuh semangat MF berusaha untuk mencari nama yang paling membawa makna kepada bayi yang bakal dilahirkan, dengan harapan, nama tersebut bakal menjadi doa buat dirinya. Setiap malam sebelum tidur, MF akan katakan “Fatih, doakan mama ye. Insya-Allah mama nak susukan Fatih sampai Fatih cukup 2 tahun. Fatih doakan susu mama cukup ye untuk Fatih”. Walaupun masa tu, MF tahu Fatih belum pun boleh respon, tapi simulasi pada otak dan bayi perlu diberikan seawal mungkin bagi merangsang proses penyediaan susu oleh badan kita.
Sewaktu proses kelahiran, perkara pertama setelah disambut dan diazan / diiqamatkan, susukanlah bayi anda. Walau macam mana penat pun, usahakan supaya bayi anda menikmati titisan-titisan susu awal (colostrums). Titisan emas ini amat diperlukan oleh bayi kita, khusus untuk hari pertama hingga hari kelima. Walaupun kuantitinya hanyala sesudu kecil / sebenar bola ping pong, namun cukup untuk mengenyangkan!!! Kolostrum yang bewarna kuning pekat ini penting untuk pembentukan imunisasi bayi [1], oleh yang demikian… pastikan bayi disusukan di dalam dewan bersalin ye kawan-kawan.

Gambarajah 1: Kolostrum yang dihasilkan selepas kelahiran bayi.
Bagi menjayakan lagi penyusuan susu ibu (PSI), kaum bapa perlulah supportive. Berikan galakan dari awal supaya ibu akan lebih bersemangat untuk meneruskan penyusuan SI. “Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Al-Baqarah: 233). Kaum bapa perlu faham mengenai konsep PSI, kerana ada ketikanya.. serangan dari pihak luar untuk membantutkan proses PSI bakal tiba, terutama ketika ibu didalam proses berpantang. Antara cabaran yang mungkin timbul:

1) Susu tidak keluar secara baik pada hari pertama!!! Risau bayi lapar!!!  Takpelah, suruhla nursery hospital bagi je susu formula tu…..
2) Terpaksa bangun 2 jam sekali di malam hari untuk menyusukan bayi  Tak larat la nak bangun macam ni, stress tau!!! Suap je susu botol tu….
3) Bayi menangis di siang hari tanpa henti-henti.  Baby lapar kot. Susu tak keluar tu kot. Bagi la air kosong ni. Bagi kenyang. Takpun, bagi puting ni. Nanti senyap la baby tu.

Tidak mustahil, tanpa sokongan yang padu dari pihak suami, dan serangan bertalu-talu seperti diatas boleh melemahkan semangat ibu untuk menyusukan bayi. Stress adalah amat tidak bagus kerana ianya sedikit sebanyak bakal menyebabkan produktiviti SI menurun. Oleh yang demikian, suasana positive WAJIB diwujudkan bagi memudahkan proses ini dijalankan.

Puting kosong adalah amat tidak bagus diperkenalkan kepada bayi kerana ini bakal mengelirukan bayi. Kajian membuktikan bahawa, memberikan bayi puting kosong akan menyebabkan kekerapan penyusuan bayi berkurangan, dan mengakibatkan penurunan dari sudut kuantiti susu yang dihasilkan [2, 3]. Penyusuan yang terbaik adalah apabila bayi berhenti sendiri menyusu, menandakan mereka kenyang. Tindakan mengosongkan ‘breast’ adalah yang terbaik kerana otak akan memberi impulse kepada breast untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Cuba bayangkan, sebotol air 5 liter, jika kita kosongkan separuh, berapa berapa yang perlu kita top-up? 2.5 L bukan? Makanya, jika hari2 hanya separuh yang kosong, otak kita dah set untuk produce hanya 2.5 L susu sahaja sehari. Dibandingkan dengan kita mengosongkan sepenuhnya, insya-Allah milk-duct akan menghasilkan lebih banyak susu sehari! Lebih banyak susu dihasilkan, lebih banyak stok yang boleh kita simpan.

Dengan meningkatnya kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan SI, rata-rata pejabat sekarang menyediakan fridge di pantry. Ini memudahkan proses penyimpanan SI terutama bagi mereka yang sentiasa sibuk mengejar dateline. Sambil menaip, sambil mengepam. Tak susah! Invest sedikit duit, beli yang electrical dual pump. Seperti cth: Spectra 3. Pump electric yang boleh digunakan freehand! Bukan sahaja kerja siap, malah frequency mengepam tidak terjejas. Lain orang, lain masa mengepamnya. Tapi, jangan biasakan tidak mengepam lebih 3-4 jam. Ini akan mengakibatkan engorgement / bengkak susu. Amalkan sebelum subuh, satu sessi mengepam. Pagi 10 am sessi kedua, waktu rehat tengahari sessi ketiga & sebelum pulang pump untuk sessi keempat. Pastikan susu disimpan di tempat yang sesuai dan jika tiada fridge, sediakan ice bag. Insya-Allah, dengan usaha berterusan, stok susu boleh mencecah 100 botol!!!

Gambarajah 2: Dual Pump beserta bag bergambar bagi merangsang lebih banyak susu semasa sessi mengepam.
Sessi mengepam elok dimulakan semasa bayi berusia sebulan bergantung kepada keadaan bayi. Biasakan bayi berkongsi dengan pump anda. Contoh: Menyusukan bayi disebelah kiri, sebelah kanan anda pump. Bila bayi biasa dengan keadaan ini, kita sebenarnya melatih bayi untuk berkongsi dan bersabar dengan apa yang ia ada. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan anda untuk mengumpulkan stok. Antara amalan yang boleh dilakukan semasa mengepam ialah bacaan surah Al-Kauthar. Bacaan doa-doa lain boleh didapati online. Selain tu, sebelum dan selepas mengepam, ibu perlu minum sekurang-kurangnya segelas air. Bagi memastikan cecair yang keluar dari badan digantikan dengan yang baru. Yang paling penting, always think positive. Jika sessi yang pertama kurang hasilnya, jangan lemah semangat. Teruskan mengepam. Selepas mengepam, pastikan breast anda betul-betul kosong dengan melakukan kaedah ‘marmet’. Mengepam menggunakan tangan.

Makanan juga adalah faktor yang mempengaruhi susu ibu. Amalan meminum susu spt susu soya, susu kambing & supplement kalsium akan menyebabkan susu kita lebih pekat. Kurma & madu boleh meningkatkan lagi kualiti susu yang dihasilkan. Selain itu, bagi yang mengalami masalah susu berkurangan, antara makanan yang boleh diambil ialah air longan, pucuk mengkudu, susu + kurma, air kosong, lobak putih, fenugreek, kurma merah, dll. Akan tetapi, lain orang lain respon. Jadi, sila cuba bagi memastikan yang mana paling serasi dengan badan kita.

Satu kaedah yang boleh diusahakan ialah POWER PUMPING. Selama satu jam pump tanpa henti, berhenti rehat selama satu jam, pump selama satu jam lagi dan teruskan lagi selagi mampu. Ini sebenarnya untuk trigger otak bahawa permintaan meningkat secara mendadak. Kaedah ini berjaya pada seorang ibu yang berhenti menyusukan bayi selama 6 bulan!!! Hasilnya, ibu tersebut dapat menyusukan bayi semula seperti hari pertama dilahirkan!!! Subhanallah.

Faktor lain seperti senaman, urutan, dan emosi banyak mempengaruhi proses penyusuan SI. Jika susu tidak keluar secara terus diawal berpantang, mintalah bidan untuk urutkan. Mungkin ada urat / saluran yang tersumbat dan menghalang kelinciran susu ibu. Sentiasalah berdoa supaya bila tiba masanya nanti, Allah permudahkan urusan kita. Ini kerana, kita lakukan semua ini demi memenuhi tuntutanNya. Mustahil bagiNya untuk menyuruh sesuatu jika ianya tiada faedah bagi manusia bukan. Bukan sahaja bayi lebih sihat, malah jimat perbelanjaan kalian untuk membeli susu formula. Berdoa, berdoa, dan teruskan berdoa. Jika ada sebarang masalah, ikhtiarkan. Cari jalan penyelesaian…. Insya-Allah, setiap suruhanNya, pasti ada hikmah disebaliknya.
Selamat Menyusukan Bayi Anda…. Doakan MF Berjaya susukan Fatih hingga umurnya 2 tahun. Amin…… Sedikit pengkongsian dari PF, antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh para suami :

1. Always Encourage BF
2. Morale Support for BF
3. Physical Support for BF

Sebagai kesimpulan, berusahalah untuk memberikan yang terbaik buat bayi kita, kerana insya-Allah senyuman tanda puas dari wajah bayi dan tubuh yang sihat adalah penawar bagi setiap kepayahan kita dalam menyusukan bayi sepenuhnya. Semoga Berjaya.

Rujukan:
[1] UNICEF, “Breastfeeding – The remarkable first hour of life”
[2] C.R. Howard, F.M. Howard, B. Lanphear, E. A. deBlieck, S. Eberly, R. A. Lawrence “The Effects of Early Pacifier Use on Breastfeeding Duration”
[3] A. G. Jenik, N. Vain, “The pacifier debate”, Elsevier, 2009.

Wallahua’lam.
Khas buat Fatih yang dikasihi… Dari Mama & Papa
(MF & PF)