02 August 2011

Kemanisan BF

Wah, lama betul tak masuk sini.... skrg tgh nak dekat final sem. Makanya, sibuk nak key-in markah students + marking report student tak menimbun2 ni... btw, last month, adik2 junior ada minta MF sharekan sedikit pengalaman BF... karang ayat macam nak buat paper for conference... nway... selamat membaca... banyak lagi ilmu nak kena gali dan gali nih.... huhuh~
-------------------------------------------------------------------------------------

KEMANISAN BREASTFEEDING.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Dikesempatan ini, MF dengan rendah dirinya, ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam menjayakan penyusuan Susu Ibu khas buat permata yang diamanahkan olehNya. Pengalaman yang sedikit ini, diharapkan dapat dimanfaatkan bersama, Insya-Allah.

Sepanjang proses mengandungkan bayi, MF sentiasa berdoa kepadaNya, antara lain semoga dipermudahkan proses mengandung dan bersalin nanti, dikurniakan bayi yang soleh dan beriman, dan yang paling penting … berjaya menyusukan bayi sehingga genap usianya 2 tahun. “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu …. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah: 233). Dengan penuh semangat MF berusaha untuk mencari nama yang paling membawa makna kepada bayi yang bakal dilahirkan, dengan harapan, nama tersebut bakal menjadi doa buat dirinya. Setiap malam sebelum tidur, MF akan katakan “Fatih, doakan mama ye. Insya-Allah mama nak susukan Fatih sampai Fatih cukup 2 tahun. Fatih doakan susu mama cukup ye untuk Fatih”. Walaupun masa tu, MF tahu Fatih belum pun boleh respon, tapi simulasi pada otak dan bayi perlu diberikan seawal mungkin bagi merangsang proses penyediaan susu oleh badan kita.
Sewaktu proses kelahiran, perkara pertama setelah disambut dan diazan / diiqamatkan, susukanlah bayi anda. Walau macam mana penat pun, usahakan supaya bayi anda menikmati titisan-titisan susu awal (colostrums). Titisan emas ini amat diperlukan oleh bayi kita, khusus untuk hari pertama hingga hari kelima. Walaupun kuantitinya hanyala sesudu kecil / sebenar bola ping pong, namun cukup untuk mengenyangkan!!! Kolostrum yang bewarna kuning pekat ini penting untuk pembentukan imunisasi bayi [1], oleh yang demikian… pastikan bayi disusukan di dalam dewan bersalin ye kawan-kawan.

Gambarajah 1: Kolostrum yang dihasilkan selepas kelahiran bayi.
Bagi menjayakan lagi penyusuan susu ibu (PSI), kaum bapa perlulah supportive. Berikan galakan dari awal supaya ibu akan lebih bersemangat untuk meneruskan penyusuan SI. “Kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Al-Baqarah: 233). Kaum bapa perlu faham mengenai konsep PSI, kerana ada ketikanya.. serangan dari pihak luar untuk membantutkan proses PSI bakal tiba, terutama ketika ibu didalam proses berpantang. Antara cabaran yang mungkin timbul:

1) Susu tidak keluar secara baik pada hari pertama!!! Risau bayi lapar!!!  Takpelah, suruhla nursery hospital bagi je susu formula tu…..
2) Terpaksa bangun 2 jam sekali di malam hari untuk menyusukan bayi  Tak larat la nak bangun macam ni, stress tau!!! Suap je susu botol tu….
3) Bayi menangis di siang hari tanpa henti-henti.  Baby lapar kot. Susu tak keluar tu kot. Bagi la air kosong ni. Bagi kenyang. Takpun, bagi puting ni. Nanti senyap la baby tu.

Tidak mustahil, tanpa sokongan yang padu dari pihak suami, dan serangan bertalu-talu seperti diatas boleh melemahkan semangat ibu untuk menyusukan bayi. Stress adalah amat tidak bagus kerana ianya sedikit sebanyak bakal menyebabkan produktiviti SI menurun. Oleh yang demikian, suasana positive WAJIB diwujudkan bagi memudahkan proses ini dijalankan.

Puting kosong adalah amat tidak bagus diperkenalkan kepada bayi kerana ini bakal mengelirukan bayi. Kajian membuktikan bahawa, memberikan bayi puting kosong akan menyebabkan kekerapan penyusuan bayi berkurangan, dan mengakibatkan penurunan dari sudut kuantiti susu yang dihasilkan [2, 3]. Penyusuan yang terbaik adalah apabila bayi berhenti sendiri menyusu, menandakan mereka kenyang. Tindakan mengosongkan ‘breast’ adalah yang terbaik kerana otak akan memberi impulse kepada breast untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Cuba bayangkan, sebotol air 5 liter, jika kita kosongkan separuh, berapa berapa yang perlu kita top-up? 2.5 L bukan? Makanya, jika hari2 hanya separuh yang kosong, otak kita dah set untuk produce hanya 2.5 L susu sahaja sehari. Dibandingkan dengan kita mengosongkan sepenuhnya, insya-Allah milk-duct akan menghasilkan lebih banyak susu sehari! Lebih banyak susu dihasilkan, lebih banyak stok yang boleh kita simpan.

Dengan meningkatnya kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan SI, rata-rata pejabat sekarang menyediakan fridge di pantry. Ini memudahkan proses penyimpanan SI terutama bagi mereka yang sentiasa sibuk mengejar dateline. Sambil menaip, sambil mengepam. Tak susah! Invest sedikit duit, beli yang electrical dual pump. Seperti cth: Spectra 3. Pump electric yang boleh digunakan freehand! Bukan sahaja kerja siap, malah frequency mengepam tidak terjejas. Lain orang, lain masa mengepamnya. Tapi, jangan biasakan tidak mengepam lebih 3-4 jam. Ini akan mengakibatkan engorgement / bengkak susu. Amalkan sebelum subuh, satu sessi mengepam. Pagi 10 am sessi kedua, waktu rehat tengahari sessi ketiga & sebelum pulang pump untuk sessi keempat. Pastikan susu disimpan di tempat yang sesuai dan jika tiada fridge, sediakan ice bag. Insya-Allah, dengan usaha berterusan, stok susu boleh mencecah 100 botol!!!

Gambarajah 2: Dual Pump beserta bag bergambar bagi merangsang lebih banyak susu semasa sessi mengepam.
Sessi mengepam elok dimulakan semasa bayi berusia sebulan bergantung kepada keadaan bayi. Biasakan bayi berkongsi dengan pump anda. Contoh: Menyusukan bayi disebelah kiri, sebelah kanan anda pump. Bila bayi biasa dengan keadaan ini, kita sebenarnya melatih bayi untuk berkongsi dan bersabar dengan apa yang ia ada. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan anda untuk mengumpulkan stok. Antara amalan yang boleh dilakukan semasa mengepam ialah bacaan surah Al-Kauthar. Bacaan doa-doa lain boleh didapati online. Selain tu, sebelum dan selepas mengepam, ibu perlu minum sekurang-kurangnya segelas air. Bagi memastikan cecair yang keluar dari badan digantikan dengan yang baru. Yang paling penting, always think positive. Jika sessi yang pertama kurang hasilnya, jangan lemah semangat. Teruskan mengepam. Selepas mengepam, pastikan breast anda betul-betul kosong dengan melakukan kaedah ‘marmet’. Mengepam menggunakan tangan.

Makanan juga adalah faktor yang mempengaruhi susu ibu. Amalan meminum susu spt susu soya, susu kambing & supplement kalsium akan menyebabkan susu kita lebih pekat. Kurma & madu boleh meningkatkan lagi kualiti susu yang dihasilkan. Selain itu, bagi yang mengalami masalah susu berkurangan, antara makanan yang boleh diambil ialah air longan, pucuk mengkudu, susu + kurma, air kosong, lobak putih, fenugreek, kurma merah, dll. Akan tetapi, lain orang lain respon. Jadi, sila cuba bagi memastikan yang mana paling serasi dengan badan kita.

Satu kaedah yang boleh diusahakan ialah POWER PUMPING. Selama satu jam pump tanpa henti, berhenti rehat selama satu jam, pump selama satu jam lagi dan teruskan lagi selagi mampu. Ini sebenarnya untuk trigger otak bahawa permintaan meningkat secara mendadak. Kaedah ini berjaya pada seorang ibu yang berhenti menyusukan bayi selama 6 bulan!!! Hasilnya, ibu tersebut dapat menyusukan bayi semula seperti hari pertama dilahirkan!!! Subhanallah.

Faktor lain seperti senaman, urutan, dan emosi banyak mempengaruhi proses penyusuan SI. Jika susu tidak keluar secara terus diawal berpantang, mintalah bidan untuk urutkan. Mungkin ada urat / saluran yang tersumbat dan menghalang kelinciran susu ibu. Sentiasalah berdoa supaya bila tiba masanya nanti, Allah permudahkan urusan kita. Ini kerana, kita lakukan semua ini demi memenuhi tuntutanNya. Mustahil bagiNya untuk menyuruh sesuatu jika ianya tiada faedah bagi manusia bukan. Bukan sahaja bayi lebih sihat, malah jimat perbelanjaan kalian untuk membeli susu formula. Berdoa, berdoa, dan teruskan berdoa. Jika ada sebarang masalah, ikhtiarkan. Cari jalan penyelesaian…. Insya-Allah, setiap suruhanNya, pasti ada hikmah disebaliknya.
Selamat Menyusukan Bayi Anda…. Doakan MF Berjaya susukan Fatih hingga umurnya 2 tahun. Amin…… Sedikit pengkongsian dari PF, antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh para suami :

1. Always Encourage BF
2. Morale Support for BF
3. Physical Support for BF

Sebagai kesimpulan, berusahalah untuk memberikan yang terbaik buat bayi kita, kerana insya-Allah senyuman tanda puas dari wajah bayi dan tubuh yang sihat adalah penawar bagi setiap kepayahan kita dalam menyusukan bayi sepenuhnya. Semoga Berjaya.

Rujukan:
[1] UNICEF, “Breastfeeding – The remarkable first hour of life”
[2] C.R. Howard, F.M. Howard, B. Lanphear, E. A. deBlieck, S. Eberly, R. A. Lawrence “The Effects of Early Pacifier Use on Breastfeeding Duration”
[3] A. G. Jenik, N. Vain, “The pacifier debate”, Elsevier, 2009.

Wallahua’lam.
Khas buat Fatih yang dikasihi… Dari Mama & Papa
(MF & PF)

No comments:

Post a Comment