Dua tiga minggu ni, MF ada hobi baru. Blog hopping.... tapi, nak jadi cerita, majoriti blog yg MF baca, semua bercerita tentang dugaan hidup... Subhanallah... besar ujian mu buat mereka. MF doakan, semoga ujian yang Allah berikan ni, bakal diberikan juga bantuan daripada sisiNya... antara yang MF terkesan dengan kisah:
- Noorma - Ibu kepada seorang bayi yg masih kecil, yang masih belum faham apa erti kehidupan. Kini terlantar kerana menghidapi Brain Tumor Stage 4.
- Mawar - Ibu kepada dua anak, yang baru kehilangan suami tercinta semasa pulang ke kampung halaman.
- Salwa - juga ibu kepada 3 orang anak yang kehilangan suaminya semasa awal Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah, Allah telah pulangkan semula suaminya ke pangkuan mereka sekeluarga.
Makanya, daripada itu semua, MF berdoa padaNya, semoga dipelihara keluarga kami dari sebarang bala bencana. Sekiranya diturunkan ujian, ujilah kami dengan ujian yang mampu kami tanggungi... Jom, kita baca doa kebahagiaan rumah tangga. Semoga Fatih & Family bakal bersama hingga ke syurga. Amin...
Happy Family... hermmm... yg sulung lelaki.... next???? :)
No comments:
Post a Comment