- Alhamdulillah, hari ini hari yang ceria. Fatih & Faris behave sekali.
- Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk memperolehi ilmu malam tadi. Semoga ianya bermanfaat buat ku Ya Allah.
- Alhamdulillah, Kau berikan ku peringatan. Bahawasanya jika pekerjaan itu bukan diniatkan kepadaMu, hanya penat dan lelah sahaja yang bakal diperolehi.
- Alhamdulillah, diri ini masih berpeluang untuk bersama dengan ilmuan hebat.
- Alhamdulillah, rumah dah kemas!!! :)
- Alhamdulillah, berpeluang merasa kurma dari Mekkah. Semoga satu hari nanti, diri ini dan keluarga bakal menjadi tetamuMu Ya Illahi.
- Alhamdulillah, hari ini daku lebih positive.
- Alhamdulillah, sedikit sebanyak impian ku untuk membuka Al-Fateh Jr semakin nampak sinar dengan support dari En Ir.
- Alhamdulillah, Seminar Islamic Parenting mendapat sokongan dari semua AJK. Semoga berjalan dengan lancar seminar ini YA ALLAH. Berikanlah bantuan daripada setiap sudut.
- Alhamdulillah, kami bakal menimba pengalaman baru di Takaful Ikhlas... Ya Allah, sesungguhnya 3 orang memang tidak mencukupi. Bantulah Ya Allah.
- Alhamdulillah, mama bakal berangkat ke Mekkah. Murahkanlah rezeki ku agar dapat menyumbang kepadanya.
- Alhamdulillah, usrah umum malam tadi dihadiri oleh ramai ahli. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran di sisi mu Ya Allah.
- Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menyusukan Faris Iman. Tetapkanlah Ya Allah sehingga umurnya 2 tahun!!
AMIN Ya Rahim