18 February 2014

Cabaran Jurnal Kesyukuran

Alhamdulillah, hari ini hari kedua catatan jurnal kesyukuran. Smg ianya istiqamah selama-lamanya.

Ini sebenarnya cabaran hasil dari perkongsian ilmu dari Abi Mirul.. Mudah sahaja..

Listkan 13 getaran kesyukuran selama 30 hari.... sekiranya ada satu hari yang termissed, makanya kitaran perlu dimulakan daripada 0.

Insya-Allah, MF akan cuba untuk istiqamah!

Cumanya, apa yang hebatnya.... selepas MF mulakan semenjak semalam, makin banyak rezeki yang Allah berikan...

Apa lagi, jom cuba!!!

Jurnal Kesyukuran Day #2

Bismillah.... Wa alhamdulillah


  1. Syukur Ya Allah, pagi ini iman ku masih dihati..
  2. Terima kasih Ya Allah, anakku Fatih semakin bijak dan semakin rajin untuk solat.
  3. Syukur Ya Allah, Engkau berikan aku peluang untuk bertemu dengan Sifoo Sidiq, Mentor Arab, Abi Mirul, Ummi Khatijah dan rakan-rakan yang hebat! Tetapkanlah mereka disisiku.
  4. Terima kasih Ya Allah, Engkau berikan keistimewaan kepadaku. Ilmu designing Photoshop yang daku miliki ini, semoga menjadi manfaat kepada semua disekitar ku.
  5. Alhamdulillah, anganku untuk mendalami ilmu semakin cerah dihadapan. 
  6. Syukur juga kerana engkau kurniakan ilmu bekam kepadaku. Semoga dengan adanya ilmu ini didadaku, dapatku berkhidmat kepada orang-orang disekeliling ku.
  7. Terima kasih Ya Allah, atas kasih sayangMu setiap hari buat ku. Semakin banyak aku bersyukur pada Mu, semakin banyak yang Engkau berikan kepadaku.
  8. Alhamdullilah, hari ni Nadiah akan present papernya. Semoga ilmu yang dipelajari bersama ini, mendapat manfaat dunia dan akhirat.
  9. Alhamdulillah juga, peluang yang diberikan oleh Pejabat Adun sedikit sebanyak dapat membantu seseorang. Semoga rezeki yang Kau buka ini, diberkati Ya Rabb.
  10. Syukur Ya Allah, satu lagi peluang perniagaan terbentang dihadapan. Semoga ini adalah khidmat yang dapat aku berikan kepada masyarakat di Bangi. Semoga Al-Fateh Jr suatu hari nanti akan menjadi kenyataan.
  11. Alhamdulillah khidmat ku masih diperlukan. Maka, berikanlah kesihatan yang baik kepadaku Ya Rabb. 
  12. Alhamdulillah, semalam Allah izinkan untuk berbakti kepada ibunda. Semoga sumbangan yang sedikit, mendapat pahala disisiMu Ya Rabb.
  13. Alhamdulillah Ya Allah semoga doa yang kukirim melalui Abi Mirul, diterimaMu.

Syukur tanpa nokhtah! 

17 February 2014

Jurnal Kesyukuran Day #1

Bismillah..

#1 : Alhamdulillah hari ini MF masih diberikan nyawa dan iman dalam menjadi HambaMu Ya Allah
#2 : Alhamdulillah disekeliling MF masih ramai yang menyokong MF
#3 : Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang bersama suami yang sangat hebat.
#4 : Alhamdulillah, MF masih mempunyai ibubapa yang penyayang
#5 : Alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki buatku di Uniten.
#6 : Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan jasad yang sihat - malah lebih sihat!
#7 : Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk pelajari ilmu Bekam yang sangat bermanfaat.
#8 : Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kurniaan anak-anak yang comel & bijak
#9 : Alhamdulillah, rumah yang bakal kami duduki kita dalam proses
# 10 : Alhamdulillah, Fatih & Faris sihat di tempat jagaan masing-masing.
# 11 : Alhamdulillah, Allah sentiasa memeliharaku dimana sahaja diriku berada.
# 12 : Alhamdulillah, Allah permudahkan kami untuk menjalankan Seminar Islamic Parenting.. Berkati dan jayakanlah program ini Ya Rabb.
# 13 : Alhamdulillah, Allah masih memberiku rezeki untuk berada bersama-sama sahabat yang dahagakan cahaya iman.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam Ya Rahman, Ya Rahim

10 February 2014

2013 : a history

Bismillah ...

Alhamdulillah.. 2013 berlalu sudah.... 2014 pun dah menjenguk ke bulan Februari...

2 0 1 3 : tahun yang paling banyak berita gembira....

- PF dapat pindah KL : Alhamdulillah!!! penantian selama 4 tahun tidak sia-sia.... (Thanks to Malakoff : terlalu banyak memori bersama kalian)
- MF confirm post : setelah berapa tahun berusaha, Allah izinkan jua... Thanks ya Allah!
- A new journey to our own Jannah...
- Dll...

Semoga Allah menetapkan hati-hati ini dengan Islam dan semoga Allah pimpin kami hingga ke syurga..

MFI : dah besar... dah sangat bijak! Semoga kalian berdua terus beriman dan suatu hari nanti menjadi imam kami :)

Feelling blessed and thankful!

21 September 2012

Kelahiran di bulan yang mulia

Alhamdulillah.... Thank you Allah... Berkat RamadhanNya yang mulia.... Muhammad Faris Iman akhirnya lahir ke dunia tanggal 7 Ramadhan 1433 H.... di hari yang mulia.. di bulan yang mulia... Harapnya.. suatu hari nanti.. anak ini juga bakal berakhlak mulia....Amin....

Al-Kisah, pagi Jumaat 27072012 - macam biasa... MF pergi ke An-Nur untuk weekly check up... Takde sakit tak de apa tanda malam sebelumnya.... Tiba di Klinik... waktu check urine - tiba2 ada blood show.. itu pun teramatlah sikit... Sampaikan - bila nurse kata kene buat CTG, pelik sebab tak de langsung rasa sakit & tak de langsung contraction :)... So, bila jumpa Dr Khamsiah - scan dll... Doc bagi MC 1 week. Sangatlah happy sebab masa tu dah overdue 3 hari... yeay~~~

Makanya, pit-stop pertama.. cari baju raya PF! Rezeki Ramadhan... dapat satu kat PKNS... Exactly the same macam MF punya.. yeay! Tengah2 windowing : tiba2 je rasa mcm ada discharge keluar.. OOPppPPsss... nak stop check ke?? hihi~ tunggu sampai rumah la baru check...

Balik2, janji dgn Jijah nak ke Mines... sambung shopping. Habis tawaf Mines, ronda Warta pula dgn PF... masa tu walhal dah timing 7 min sekali contraction.. Boleh pula sanggup bjln semata2 nak cari baju raya Fatih.. hihih!!!

Tepat jam 4 pm, dah start rasa tak sedap perut.. Nak sambung shopping pun dah tak larat... So, atas nasihat PF... kami terus ke An-Nur.... Selesai solat Asar, waktu tu dah rasa perut memulas2 dah.... Masuk je Emergency Room - bidan check dah 7 cm!!! Pergh.. patut la rasa lain macam...

Naik atas ke labour room - sempat tanya nurse.. sempat tak kalau saya berbuka nnt lepas Maghrib... Haaaaaaa... tak pasai kene sound... "awk dah nak bersalin sekejap lagi ni.. tak berbuka lagi ke?" Adoi... mana la nak tahu.. masa Fatih dulu ada kot 7 jam dalam labour room... Berbekalkan kurma 3 biji & Air ZamZam sebotol, Alhamdulillah... Faris akhirnya selamat dilahirkan ke dunia secara natural birth.. Takde epi... takde induce... dah takde apa2 jarum pun (melainkan bius masa nak jahit laaa :) ).. Syukur amat2... Berkat Ramadhan mungkin....
 

Hari ni... MF tengah count down masa untuk pulang bekerja.... Aduhai, kenapa perlu mama tinggalkan anak2 mama pada orang untuk jaga... Hurmmmmm.... Sayu je bila pandang muka anak2 mama ni.... Ya Allah, semoga satu hari nanti.... Mama dapat besarkan anak2 mama sepenuh masa... dan permudahkanlah untuk kami sekeluarga untuk duduk sebumbung.....